Aug 8, 2010

Mengapa bermula?

Terdapat banyak sebab bagi seseorang dalam memulakan sesuatu. Sebagai contoh, makan kerana lapar, mengantuk jadi harus tido atau memilih kain di Jakel berbanding Nagoya sebab bangunan dia lebih colorful.

Oleh yang demikian, mari saya kongsikan mengapa saya bermula menulis di blog.
1- Memperbaiki kaedah penyampaian sebab saya perlu menyiapkan thesis
2- Nota kepada diri
3- Sharing is caring
4- Memberi pandangan peribadi
5- Meluah isi hati yang sering tak terluah
6- Catatan sejarah untuk dilihat masa tua
7- Galakan ramai yang cuba ditunaikan

Ada banyak sebab, tapi semuanya untuk kebaikan :)

No comments:

Post a Comment