Jul 12, 2011

Mahu kekal atas jalan ini

Sedut nafas,
Sedut dalam dalam,
Terkandung oksigen kuasa dua

Pandang langit
Jauh tinggi
Panjat gunung
Lihat bumi

Lihat kelahiran
Lihat kematian
Lihat si cantik si kacak

susah susah
lihat apa yang kutela'ah
setiap hari sampai muntah
biokimia, semua tentang Dia

Ya Allahu Akbar
Ya Allahur Rahman
Ya Allahur Rahim

Masihkah aku mahu
terus diulit nafsu
yang tak pernah kenyang

Masihkah aku mahu
terus berteleku
tatkala jatuh seketika diuji

Allah, Allah
kasihani aku ya Allah
aku mahu tetap atas jalan duri ini.

No comments:

Post a Comment