Jul 4, 2011

Mengapa aku tidak lembut?

Sedih. Mungkin itu sepatutnya yang dirasa bila ditolak oleh orang yang kita harapkan boleh menerima diri seadanya. Bukan sedih dikatakan bersikap 'kasar', tetapi confius bila mengenang dialog sebegini;
S: Saya bukan orang yang lemah lembut, saya tahu kamu mesti suka yang lemah lembut.
Q: I just like you the way you are..

-----
Saya tidaklah merasakan bahawa saya seorang yang kasar, cuma mungkin bukan sedikit lemah lembut. Terfikir juga alangkah baiknya jika saya menjadi seorang yang lemah lembut. Tapi, saya tidak mahulah pula perbualan saya mendatangkan penyakit hati. Biasanya dengan lelaki, automatiklah akan jadi kasar.

Lantas saya memulakan misi, bertanya adakah saya seorang yang kasar pada pandangan adik saya 'N' yang master dalam 'straight to the point bullet'. Saya memang suka dengan pandangan dia yang selalu pedih untuk diterima ulu hati, tetapi benar.
N: Ko tak kasarlah, ko cuma lasak.

Ahhh..lega. tak kasar tapi lasak.
Apa kata tanya Umi pula.

S: Umi, kenapa saya tak lembut?
U: Lembut ni dapat bila ayah budak tu berlemah lembut dengan anak-anak perempuannya.
S: Ooooo..[sambil teringat kawan yang lemah lembut kebetulannya semua manja dengan ayah mereka]
U: Tapi, kamu bukannya kasar. Keluarga kita diajar tentang realiti kehidupan. Kalau lembut sangat susah nak berhadapan dengan masyarakat yang begini. Setiap orang perlu tahu bermandiri. Perempuan kan dah memang ada sifat lemah lembut. Cuma nak tunjuk atau tidak je.

Hahaha..saya saaayyyangggg ibu saya!

Just be yourself but good in His eyes all the time :)

No comments:

Post a Comment