Jul 3, 2011

Penakut

Semasa saya bersekolah rendah, saya amat meminati Bahasa Melayu penulisan dan pernah memenangi 'karangan terpilih' dalam sebuah bengkel penulisan. Pak Matlob, seorang penulis, pejuang tulisan jawi dan kolumnis akhbar Utusan Melayu ketika itu yang menyampaikan hadiah kepada saya. Teringat pesannya agar saya tidak berhenti disitu dan belajar menggilap bakat yang ada. Sayang, entah mengapa saya tidak menuju ke arah itu.

Di sekolah menegah, karangan saya bukanlah yang terbaik. Seingat saya, saya sering lewat menyiapkan karangan dan hasilnya selalu markah jarang dapat 80 ke atas. Tapi sebab Cikgu Che Bibodin tu seorang guru yang cemerlang, saya siapkan juga karangan di minit-minit terakhir [owh, sebenarnya, dia sangat tegas dan saya takut juga kalau tak siap karangan]

What are u afraid of?

Sebetulnya, saya suka menulis untuk meluahkan isi hati, atau juga memberi pandangan peribadi atas sesuatu isu. Saya menyimpan banyak draf tulisan, pantun, juga sajak yang saya tak mampu nak terbitkan. Entah takut kritikan, atau tak mahu terlihat terlalu sensitif. Sebenarnya, saya fikir saya seorang yang 'preserve'. Tak mahu orang tahu apa yang saya fikir atau rasa atau mungkinkah seorang yang penakut?

No comments:

Post a Comment